Sunday, December 19, 2010

Indahnya Pernikahan


Bagai Dua Hati


Indahnya perkahwinan bagai separuh daripada impian hidup telah terlaksana. Saat dipersiapkan oleh juruandam untuk berhadapan dengan semua orang dan bakal suami tidak mampu di gambarkan dengan kata2. Sebelum ini hanya melihat dengan mata majlis orang, sanak saudara, rakan2 dan jiran tetangga... Tapi kini, saat itu aku merasakan sendiri. benar kata mereka, melalui ketika itu tidak sama seperti kita pandang dan lihat. Setelah cantik dihias indah, disalut dengan pelbagai perhiasan, diharumi dengan minyak wangi, aku hanya memegang dada menahan debaran. Bagai ingin gugur jantungku untuk keluar melangkah dari kamrku menuju ke pelamin nikahku, diiringi rakan dan kakak2 aku melangkah dengan cermat. Melihat ramai org, terasa malu menerjah wajah muka.
Terdengar suara abang, pengantin perempuan boleh duduk di hadapan, bakal suamiku sempat menyinggahkan pandangannya kepadaku, aku hanya tunduk mengikut arahan. Terlihat Tok Kadi seperti emmbuat persiapan utk berjabat tangan menyerikan Ijab dan Qabul kami. Soalan demi soalan ditanya, si dia hanya menjawab dengan penuh sabar dan cermat. Berlatih sekali, yang kedua telingaku tersinggah perkataan 'SAH', darahku turun dan naik seperti tak ada tujuan, mukaku merah padam, sipian air mataku mengalir keluar. Alhamdulillah... majlisku telah selamat, Sunnah Nabi telah kami turuti. Moga masjid yang dibina seteguh ikatan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah.. Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga coretan ini membuatkan ramai insan dan gadis diluar sana merasai perasaan yang indah ini...

Friday, December 17, 2010

ENGAGEMENT SHAIRA & AZMIR








Terima kasih kepada Shaira dan Azmir kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan majlis pertunangan anda berdua yang telah diadakan di Taman Perwira Sikamat pada 31 Oktober 2010.

Thursday, December 16, 2010

NIK & FARHAN






Outing bersama abg ali.....

FARHAH & FAZRI






Terima kasih kepada abg ali kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk shot majlis ini yang telah diadakan di Dewan Orang Ramai Sikamat pada 08 September 2010 dan terima kasih juga kepada Farhan dan Fazri kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-dekit bersejarah anda.