Sunday, December 19, 2010

Indahnya Pernikahan


Bagai Dua Hati


Indahnya perkahwinan bagai separuh daripada impian hidup telah terlaksana. Saat dipersiapkan oleh juruandam untuk berhadapan dengan semua orang dan bakal suami tidak mampu di gambarkan dengan kata2. Sebelum ini hanya melihat dengan mata majlis orang, sanak saudara, rakan2 dan jiran tetangga... Tapi kini, saat itu aku merasakan sendiri. benar kata mereka, melalui ketika itu tidak sama seperti kita pandang dan lihat. Setelah cantik dihias indah, disalut dengan pelbagai perhiasan, diharumi dengan minyak wangi, aku hanya memegang dada menahan debaran. Bagai ingin gugur jantungku untuk keluar melangkah dari kamrku menuju ke pelamin nikahku, diiringi rakan dan kakak2 aku melangkah dengan cermat. Melihat ramai org, terasa malu menerjah wajah muka.
Terdengar suara abang, pengantin perempuan boleh duduk di hadapan, bakal suamiku sempat menyinggahkan pandangannya kepadaku, aku hanya tunduk mengikut arahan. Terlihat Tok Kadi seperti emmbuat persiapan utk berjabat tangan menyerikan Ijab dan Qabul kami. Soalan demi soalan ditanya, si dia hanya menjawab dengan penuh sabar dan cermat. Berlatih sekali, yang kedua telingaku tersinggah perkataan 'SAH', darahku turun dan naik seperti tak ada tujuan, mukaku merah padam, sipian air mataku mengalir keluar. Alhamdulillah... majlisku telah selamat, Sunnah Nabi telah kami turuti. Moga masjid yang dibina seteguh ikatan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah.. Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga coretan ini membuatkan ramai insan dan gadis diluar sana merasai perasaan yang indah ini...

No comments :

Post a Comment